Catatan

Tunjukkan catatan dari 2015

Wajah seorang Guru Besar

Imej
Tuan Haji Che Azmi Mohd Nor merupakan Guru Besar SK Limau Kasturi. Beliau kelihatan seperti teruja dan terharu dengan kehadiran rombongan dari UKM. Orangnya pendiam namun memiliki pengalaman yang luas dalam dunia pendidikan di Kelantan. Menurut tuan haji, beliau akan bersara setahu setengah lagi.Namun bayangkan ketika banjir melanda SK Limau Kasturi beliau terperangkap dengan hanya berkain  pelikat. Guru Besar ini dalam trauma ketika itu kerana bukan sekolahnya sahaja yang dilanda banjir tapi rumahnya di Kuala Krai turut ditimpa bencana banjir. Cikgu Che Azmi terputus hubungan dengan isteri dan anak-anak. Inilah pengorbanan seorang guru dan seorang ayah serta suami. Kita mampu menerima cerita ini tapi kesan kepada mangsa masih terkesan hingga kini.  Ketika berucap guru yang bersemangat waja ini tidak henti-henti bersyukur dengan rahmat Allah yang diberikan menerusi UKM....

Masih ada kemudahan yang diperlukan

Imej
Ketika  sampai di SK Limau Kasturi pada 18 april 2015 saya mengambil peluang melihat kesan banjir kuning di Kelantan. Masih terdapat bilik darjah yang belum ada kerusi. Pelajar yang tinggal di asrama masih belum ada katil. Mereka tidur di atas tilam. yang dibentangkan tas lantai simen. Namun purata sekolah telah bersih jika dibandingkan dengan keadaan semasa Misi bantuan banjir UKM datang untuk kerja-kerja pembersihan. Pusat Sumber SK Limau kasturi telah pulih sepenuhnya setelah dibaik pulih oleh pasukan sukarelawan UKM. SK Limau Kasturi telah pulih. Namun kesan banjir masih ada. Sebahagian rak buku sumbangan UKM

Air mata dan keringat guru

Imej
 Ketika tengahmalam di Panggung Seni UKM ramai antara orang telah dibuai mimpi di kamar tidur, saya bersama ahli sukarelawan UKM telah bergerak memasuki lebuhraya menuju ke Gua Musang Kelantan. Malam itu hujan lebat dan mengukirkan nostalgia banjir kuning di Kelantan. Sepanjang perjalanan ada yang tidur ada yang masih berbual sedangkan jam sudah tiga pagi. Ketika Subuh kami selamat tiba di Gua Musang. Setelah selesai menunaikan tanggungjawab bas UKM bergerak masuk ke Sekolah Kebangsaan Limau Kasturi. Sekolah yang terkenal dalam drama Cikgu Limau Kasturi (lakonan Allahyarham Harun Salim Bacik). Drama yang mengangkatkan kerjaya seorang guru di sekolah pedalaman.  Bas UKM tiba di perkarangan SK Limau Kasturi dengan sebuah lori yang membawa muatan buku, komputer dan rak-rak buku. Kami tidak disambut oleh Cikgu Halim (watak dalam drama ) Kerana ia hanyalah watak hayalan penulis. Kami juga tidak disambut oleh Lebai Lazin kerana ia hanyalah lakonan dalam

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul

Imej
11 Januari 2015 | UKM: Pendaulat Amanah Negara. En Sufian menyambut rombongan Naib Canselor UKM dengan perasaan gembira dengan menampakkan wajah terharunya. Halaman rumahnya masih dipenuhi air bah. Beliau bersalaman dan memeluk Datuk Profesor Dr Noor Azlan Ghazali begitu mesra. Begitu juga dengan lain-lain pegawai UKM yang mengiringi Naib Canselor. En Sufian (kanan)  menyambut kehadiran Prof Datuk Dr Noor Azlan Kampung Pulau Manis, Pekan Pahang masih digenangi air bah di beberapa tempat. Namun tidaklah menyeluruh. Sungai Pahang yang terletak di sebelah kanan jalan dan paya masih dilimpahi air. Kampung Pulau Manis merupakan kampong angkat UKM sejak mengalami banjir besar pada tahun 2006 dan 2007. Misi bantuan banjir sering kali ke sini selepas kampong ini mengalami banjir. Bezanya keadaan banjir hanya tinggi atau tidak sahaja. Menceritakan keadaan penduduk ketika banjir amat menggerunkan. Mereka diselamatkan oleh pasukan Bomba dan Penyelamat dengan menaiki bot menyu

Abang Ali dengan inovasinya untuk jimatkan lilin.

Imej
Abang Ali yang berasal dari Calcutta India telah tinggal di Pekan Laloh, Manik Urai Kelantan sejak tahun 1985. Berkahwin dengan orang Kelantan dan membuka sebuah bengkel kereta. Menghadapi kerugian lebih RM 200 ribu sejak banjir di Kelantan. Dalam kesusahan abang Ali ada inovasinya. Sebatang lilin dipotong tiga dan direndamkan kedalam minyak masak. Hasilnya lilin tersebut boleh tahan lama. Siapa mahu cuba silakan... Abang Din

Petikan dari Portal Berita UKM

Imej
Bantuan Bencana Banjir Kepada Dua Sekolah Yang Menyumbang Kepada Penubuhan UKM Selasa, 06 Januari 2015 15:29 Oleh Abd Raai Osman Foto Abd Raai Osman TUMPAT, KELANTAN, 1 Januari 2015 - Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) hari ini telah menyampaikan sumbangan banjir kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Tumpat dan Sekolah Kebangsaan Tumpat dalam majlis ringkas tetapi amat menyentuh perasaan di sini hari ini. Kedua-dua sekolah itu melakar sejarah sendiri apabila pernah menderma wang ketika kempen penubuhan UKM sekitar akhir tahun 1960an dahulu. Ketika awal penubuhan UKM, SMK Tumpat telah menderma sebanyak RM5.50 dan SK Tumpat sebanyak RM3.50 . Bantuan itu telah disampaikan kepada Pengetua SMK Tumpat Haji Wan Ali bin Mamat, seorang graduan UKM dalam bidang Fizik Gunaan pada tahun 1983 dan Guru Besar SK Tumpat Haji Mohd Samsudin bin Yusoff. Ia dihadiri oleh Pegawai Pendidikan Daerah Tumpat, Khairudd

Pertemuan dengan insan-insan yang mulia

Imej
2 Januari 2015: Perjalanan dari Kota Bahru setelah membeli barang tambahan di Pengkalan Kubor petugas seramai 20 orang telah berhenti di pinggir jalan bersempadan dengan daerah Tumpat untuk membungkus barangan tersebut agar mudah dibuat pengagihan kelak. Pengkalan Kubor tidak semeriah sebelum ini. Mungkin kerana hari ini Jumaat atau kesan bencana banjir masih dirasai oleh rakyat Kelantan khasnya dan rakyat Malaysia amnya. Rezeki yang Allah tarik balik Ketika menuju ke Kuala Krai perjalanan agak sesak kedua-dua arah. Oleh kerana konvoi kami dengan enam kereta pacuan empat roda dan sebuah lori dengan sarat muatan air dan lain-lain keperluan maka pergerakkan kami agak terbatas untuk berada dalam satu barisan. Kenderaan Bahagian Keselamatan UKM berada di hadapan yang diketuai oleh Leftenan Kolenal (B) Jury Saripan. Entah bagaimana kerana kuasa pecutan antara satu sama lain agak berbeza maka lori dan dua lagi jep 4x4 tertinggal jauh di belakang. Ketika tiba Pekan Laloh Mani

Mata merakam, telinga mendengar.

Imej
Jurufoto orang seni. Antara melihat dan mendengar kadang kala memberikan lenangan air mata. Namun sebagai sukarelawan harus menahan perasaan kerana kita boleh diibaratkan sebagai kaunselor yang melihat dan mendengar masalah orang lain yang dalam kesusahan. Saya catatkan beberapa memori di sini kadang kala membawa dalam ingauan mimpi dan terdengar ketika mahu menjamah makanan yang lazat, ketika mahu beradu di bantal empok. Walaupun OKU tetapi Dia masih ada perasaan. Kita bagaimana? Bang kat lori ada air ke? | Saya jawab cuba pergi ambil kat lori tu.... | Bayangkan air bersih amat diperlukan. Emmmm dah dapat baju ni kena gi cari beras pula lah.....| Dia nak beras kerana perlu makan nasi Bang Touchlight ada tak? | Oh....anak muda ini perlukan Touchlight. Kalau nak sedekah mesti bersama bateri ya... Nak sate...| Gurau anak kecil yang saya anggap serius kerana mereka inginkan yang yang lazat setelah lama menderita selera. Walaupun mereka tahu kami bukan bawa Sate!! Saya dah redha

Misi bantuan banjir UKM

Imej
31 Disember 2014 | 10.00 pagi Saya menyertai Misi Bantuan Banjir Kelantan anjuran UKM mulai 31 Disember 2014 hingga 2 Januari 2015. Enam kereta pacuan empat roda (4x4) dan sebuah lori bergerak ke Tumpat Kelantan dan tiba sekitar jam 2 pagi pada 1 Januari 2015 selepas semua orang menyambut tahun baru 2015.  Ketika tiba di Kelantan menerusi Gua Musang hujan tiada lagi. Banjir telah surut sepenuhnya. Jalan dari Grik Jeli masih ditutup kepada semua kenderaan. Saya tidak dapat hendak membayangkan bagaimana suasana air bah. Yang dapat dibayangkan hanyalah menerusi siaran TV dan laman-laman media sosial. Banjir memang tidak asing lagi buat rakyat Kelantan. Malahan ada anak menantu yang telah menyediakan bekalan buat keluarga sebelum musim tengkujuh. Kebanyakkan rumah mereka dibina agak tinggi. Haji Zanuddin Daud salah seorang pegawai misi sering saya tanya dan kata beliau rumahnya di Kampung Ana Tumpat tidak pernah banjir sebab tinggi. Ada kalangan rakyat Kelantan memiliki

Air mata Cikgu Masriza adalah bahasa sayu

Imej
1 Januari 2015 | 12 Tengahari:  Misi bantuan banjir dari UKM tiba di sebuah rumah tepi parit  dari jalan kelihatan banyak kain baju, tilam dan bantal berwarna tanah sedang dijemur pada tembok rumah itu. Kami ke sini kerana beliau adalah salah seorang guru yang mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Tumpat. Suami Cikgu Masriza menerima sumbangan daripada UKM  Kami ke sini kerana Sekolah Menengah Kebangsaan Tumpat . amat dekat dengan sejarah penubuhan UKM. Sekolah ini pernah menderma untuk penubuhan UKM. Suami Masriza menyambut kami dalam keadaan lumpur tersalut di baju dan badan beliau. Sebuah lori yang terdapat di luar rumah penuh dengan pakai yang telah rosak. Kemusnahan yang terjadi Seratus peratus peralatan dalam rumah cikgu Masriza disaluti lumpur. Oh....namun cikgu Masriza menyambut kami dengan senyuman seorang wanita. Kelembuatn wajah seorang wanita Kelantan jelas terpancar. Namun saya dapati air jernih tergenang di kelopak mata. Saya tahu beliau terharu deng

Kesulitan bekalan air

Imej
31 Disember 2014 | 9.45 malam: Bekalan letrik di Kuala Krai tiada masalah. Sebuah setesen minyak beroperasi seperti biasa. Namun, ketika masuk tandas, air tiada. "Cepat bang saya nak tutup bilik air ini", kata seorang pekerja setesen minyak itu. Seorang guru membasuh langsir Sekolah Kebangsaan Kampung Laut, Tumpat, Kelantan Masuk saja ke tandas apa yang saya lihat ialah longgokkan botol air minum. Mereka menggunakan airnya, dan membuang ke lobang tandas. Kenapa harus jadi begitu ya? Kolam air Wuduk di Masjid Kampung Sungai Pinang, Kuala Krai Sebenarnya bekalan air terputus mungkin pumpnya rosak akibat banjir. Di mana-mana saja tempat yang menghadapi banjir air tiada. Oleh itu kami harus menggunakan kaedah darurat. Gunalah air minuman untuk mengambil wuduk dan membersih hadas kecil... Namun untuk mandi, membasuh pakaian saya lihat mereka menggunakan air yang bertakung. Praktiklah amalan wuduk ketika darurat.

Mereka bergelap

Imej
31 Disember 2014 | 7.10 malam: Laloh Manik Urai. Hari telah gelap. Jalan sesak kerana ada jalan pecah. Ketika kenderaan pacaun empat roda UKM berjalan begitu perlahan. Tingkap kenderaan dibuka. Pekan Laloh Manik Urai gelap kerana tiada bekalan letrik. Setesen minyak ditutup. Ramai mangsa-mangsa banjir berada di tepi jalan. Kelihatan lilin berbalam-balam dari kejauhan. Hati tersentuh melihat satu papan tanda yang tertulis KAMI MAHU BERAS..... Sudah berapa harikah mereka tidak menjamah nasi?