Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel UKM

Air mata dan keringat guru

Imej
 Ketika tengahmalam di Panggung Seni UKM ramai antara orang telah dibuai mimpi di kamar tidur, saya bersama ahli sukarelawan UKM telah bergerak memasuki lebuhraya menuju ke Gua Musang Kelantan. Malam itu hujan lebat dan mengukirkan nostalgia banjir kuning di Kelantan. Sepanjang perjalanan ada yang tidur ada yang masih berbual sedangkan jam sudah tiga pagi. Ketika Subuh kami selamat tiba di Gua Musang. Setelah selesai menunaikan tanggungjawab bas UKM bergerak masuk ke Sekolah Kebangsaan Limau Kasturi. Sekolah yang terkenal dalam drama Cikgu Limau Kasturi (lakonan Allahyarham Harun Salim Bacik). Drama yang mengangkatkan kerjaya seorang guru di sekolah pedalaman.  Bas UKM tiba di perkarangan SK Limau Kasturi dengan sebuah lori yang membawa muatan buku, komputer dan rak-rak buku. Kami tidak disambut oleh Cikgu Halim (watak dalam drama ) Kerana ia hanyalah watak hayalan penulis. Kami juga tidak disambut oleh Lebai Lazin kerana ia hanyalah lako...