1 Januari 2015 | 12 Tengahari:
Misi bantuan banjir dari UKM tiba di sebuah rumah tepi parit dari jalan kelihatan banyak kain baju, tilam dan bantal berwarna tanah sedang dijemur pada tembok rumah itu. Kami ke sini kerana beliau adalah salah seorang guru yang mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Tumpat.
.JPG) |
Suami Cikgu Masriza menerima sumbangan daripada UKM |
Kami ke sini kerana
Sekolah Menengah Kebangsaan Tumpat. amat dekat dengan sejarah penubuhan UKM. Sekolah ini pernah menderma untuk penubuhan UKM. Suami Masriza menyambut kami dalam keadaan lumpur tersalut di baju dan badan beliau. Sebuah lori yang terdapat di luar rumah penuh dengan pakai yang telah rosak.
 |
Kemusnahan yang terjadi |
Seratus peratus peralatan dalam rumah cikgu Masriza disaluti lumpur. Oh....namun cikgu Masriza menyambut kami dengan senyuman seorang wanita. Kelembuatn wajah seorang wanita Kelantan jelas terpancar. Namun saya dapati air jernih tergenang di kelopak mata. Saya tahu beliau terharu dengan kehadiran kami. Katanya dia redha dengan dugaan ini. Kegentalan hatinya memang terpancar.
 |
Halaman rumah yang dipenuhi tanah |
Cikgu Masriza penah datang ke UKM ketika sambutan 44 tahun tahun lepas. Beliau hadir membawa rombongan pelajar sekolahnya.
 |
Khazanah ilmu yang musnah |
Apa yang masih ada? Kain baju yang masih elok disidai diampaian. Perabot yang rosak terdapat di sana sini. Tilam dan bantal pastinya tidak boleh diguna lagi......Cikgu Masriza dan suami berhenti membersih rumah kerana melayan tetamu. Sumbangan dari UKM telah disampaikan oleh pegawai misi. Sumbangan ini bukanlah boleh menyelesaikan semua masalah, namun ia mampu menyuntik semangat baru. Pegawai Unit Zakat UKM menyampaikan sumbangan kepada cikgu Masriza. Saya pasti cikgu Masriza akan berdoa kepada penyumbang zakat.
 |
Halaman rumah |
Sebagai rekod, Unit Zakat UKM menggunakan hasil sumbangan dari Lembaga Zakat Selangor. Konsep agihan yang diamalkan ialah, Lembaga Zakat Selangor akan pulangkan semula 50% kepada UKM dengan pecahan 43.75% untuk agihan dan 6.25% untuk upah pengurusan amil zakat.
 |
Tanah yang masih tertinggal |
Sebagai rekod, Unit Zakat UKM menggunakan hasil sumbangan dari Lembaga Zakat Selangor. Konsep agihan yang diamalkan ialah, Lembaga Zakat Selangor akan pulangkan semula 50% kepada UKM dengan pecahan 43.75% untuk agihan dan 6.25% untuk upah pengurusan amil zakat.
 |
Haji Abd Razak Hussin melihat paras
air yang ditunjukan oleh Cikgu Masriza |
Inilah dugaan Allah kepada keluarga cikgu Masriza. Kami berdoa kekuatan iman akan memberi ketabahan kepada mereka. Saya juga ingin berkongsi perasaan bahawa melihat sendiri kemusnahan ini mengambarkan kemusnahan mangsa-mangsa lain. Ia menjadi iktibar buat semua yang melihat dan membantu.
 |
Halaman rumah |
Kalau kita hadir bukanlah melihat pesta banjir tetapi hulurkan apa jua bantuan. Masa ini seringgit akan menjadi pahala anda dan menjadi semangat penyambung hidup kepada mangsa.Kalau saya ke Kelantan pastinya akan membawa keluarga menziarahi rumah cikgu Masriza....
Ulasan
Catat Ulasan