Mata merakam, telinga mendengar.
Jurufoto orang seni. Antara melihat dan mendengar kadang kala memberikan lenangan air mata. Namun sebagai sukarelawan harus menahan perasaan kerana kita boleh diibaratkan sebagai kaunselor yang melihat dan mendengar masalah orang lain yang dalam kesusahan. Saya catatkan beberapa memori di sini kadang kala membawa dalam ingauan mimpi dan terdengar ketika mahu menjamah makanan yang lazat, ketika mahu beradu di bantal empok. Walaupun OKU tetapi Dia masih ada perasaan. Kita bagaimana? Bang kat lori ada air ke? | Saya jawab cuba pergi ambil kat lori tu.... | Bayangkan air bersih amat diperlukan. Emmmm dah dapat baju ni kena gi cari beras pula lah.....| Dia nak beras kerana perlu makan nasi Bang Touchlight ada tak? | Oh....anak muda ini perlukan Touchlight. Kalau nak sedekah mesti bersama bateri ya... Nak sate...| Gurau anak kecil yang saya anggap serius kerana mereka inginkan yang yang lazat setelah lama menderita selera. Walaupun mereka tahu kami bukan bawa Sate!! Saya dah redha...