Wajah seorang Guru Besar
Tuan Haji Che Azmi Mohd Nor merupakan Guru Besar SK Limau Kasturi. Beliau kelihatan seperti teruja dan terharu dengan kehadiran rombongan dari UKM. Orangnya pendiam namun memiliki pengalaman yang luas dalam dunia pendidikan di Kelantan. Menurut tuan haji, beliau akan bersara setahu setengah lagi.Namun bayangkan ketika banjir melanda SK Limau Kasturi beliau terperangkap dengan hanya berkain pelikat. Guru Besar ini dalam trauma ketika itu kerana bukan sekolahnya sahaja yang dilanda banjir tapi rumahnya di Kuala Krai turut ditimpa bencana banjir. Cikgu Che Azmi terputus hubungan dengan isteri dan anak-anak. Inilah pengorbanan seorang guru dan seorang ayah serta suami. Kita mampu menerima cerita ini tapi kesan kepada mangsa masih terkesan hingga kini. Ketika berucap guru yang bersemangat waja ini tidak henti-henti bersyukur dengan rahmat Allah yang diberikan menerusi UKM....